Saturday 20 July 2013

Tiada teman sebaiknya

Dialah penunjuk abadi.dialah cahaya,
Dialah pemohon menuju bahagia sejati,
Diungkap daripada rohanu yang luhur,
Dialah melalui jasmani yang terzahir..

siapakah Dia? -Al-Quran-

al-quran ialah kalam Allah yang merupakan sebaik-baik teman dan pendamping. Dalamnya terdapat 1001 khazanah yang perlu diterokai dan di gali kerana di situ wujud kebahagiaan dan kesejahteraan abadi dan hakiki..

janganlah ia hanya diletakkan di atas rak atau di dalam almari yg dihiasi dgn pelbagai hiasan sebagai tanda cakna kepadanya. BUKAN!

bukan begitu caranya kamu memuliakannya. layanilah ia dengan menjadikan bacaan harian sebagai suntikan penggerak dalam memulakan setiap pekerjaan.

ia tidak mendambakan bacaan berpanjangan tanpa menghiraukan pekerjaan lain,cuma jadikanlah ia amalanmu setiap hari.dirimu tidak akan rugi apabila meluangkan masa dengannya.bahkan, memperoleh pahala dan keredhaan Allah....

http://dzanifah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment